Entertainment

Najwa Latif Terima Tawaran Baru Sebagai Pensyarah


Umum mengetahui, penyanyi Najwa Latif berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Memetik Harian Metro, Najwa akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti selepas empat tahun menjadi tenaga pengajar di pusat pengajian itu berikutan mendapat tawaran baru di sebuah universiti.

BACA: Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Sambung PhD Pula

“Saya berhenti kerja sebab dapat peluang kerja yang lebih baik. Saya masih menjadi pensyarah tapi berbeza universiti saja.

“Tak sangka saya sudah bekerja di universiti berkenaan selama empat tahun. Tipulah kalau tidak ada rasa sayang. Universiti itu adalah tempat saya belajar dan syarikat pertama saya bekerja. 

Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun itu berkata tawaran diterimanya itu adalah peluang untuknya keluar dari zon selesa serta dapat menimba lebih banyak ilmu.

“Cuma bila dapat peluang baharu, saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk saya keluar daripada zon selesa,” katanya. Selain itu, saya juga nak menimba ilmu dan pengalaman di tempat baru,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.