Entertainment

Nabila Razali Positif Covid-19 Kali Kedua, Rasa Bersalah Banyak Kerja Kena Tangguh – ‘Saya Mohon Maaf Kepada Sesiapa Yang Terkesan’


Kini Trending

Mimpi ngeri berulang kembali bagi pelakon dan penyanyi Nabila Razali setelah sekali lagi dijangkiti wabak Covid-19.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali mengesahkan berita duka tersebut menerusi Instagram (IG) miliknya, pada petang Jumaat.

Assalamualaikum, dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid-19 buat kali yang kedua. Banyak kerja terpaksa saya tangguh atau batal untuk 10 hari mendatang.

Rasa bersalah terpaksa menyusahkan ramai pihak, penyanyi berumur 30 tahun itu memohon maaf kepada individu yang terlibat.

Dalam pada itu, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas turut memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan dirinya.

Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini.

Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys dan it’s still out there. Stay safe.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat setia memberi kata semangat kepada pelantun lagu Peluang Kedua itu.

Terdahulu, Nabila pernah disahkan positif Covid-19 sekitar April lalu.

Sumber: Instagram @nabila.razali



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.