Entertainment

Muat Naik Posting Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa?


Nampaknya perkongsian pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik kenyataan berbaur sindiran di Instagram miliknya.

Menerusi entri itu, Azhar mengatakan jika ada masalah berkaitan keluarga dedahkan saja kepada umum kerana akan peroleh banyak kebaikan.

BACA: Azhar Sulaiman Mohon Maaf, Tetap Berpegang Aib Perlu Dijaga

Menurut Azhar lagi, dia juga menyifatkan ianya seperti nenjadi trend baru yang disukai oleh mereka dikalangan Melayu serta mengajak orang ramai untuk berbuat demikian.

“Ada masalah keluarga? Canang sahaja kepada umum. Banyak kebaikan bakal anda perolehi. Sebab ini trend terbaru orang-orang Melayu suka. Jom sertai kempen ini,” tulisnya.

Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang menyokong dan ada juga warganet yang tidak bersetuju. Bagaimanapun, difahamkan Azhar telah memadam posting tersebut elepas beberapa jam dimuat naik.

Terdahulu, ramai yang kurang senang dengan pendapatnya mengenai pendedahan pelakon Puteri Balqis. Namun Azhar membuat permohonan maaf tetapi tetap tegas dengan pendiriannya bahawa wajib bagi seorang Islam untuk menjaga aibnya sendiri dan orang lain.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.