Entertainment

Mona Allen Selamat Bersalin ‘Baby Merdeka’


Tahniah diucapkan buat pelakon Mona Allen yang selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan pada jam 2.39 pagi tadi.

Berkongsikan berita gembira di Insta Story, Mona memaklumkan dia dan bayinya berada dalam keadaan baik.

BACA: Mona Allen, Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak Lelaki

Lebih manis, pelakon itu melahirkan bayinya itu pada hari kemerdekaan hari ini tanggal 31 Ogos.

“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat. Bayi merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi,” tulisnya.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu pernah berkongsi jantina anak mereka menerusi majlis pengumuman jantina yang turut dimuat naik video di Instagram.

Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.