Entertainment

“Minda Belum Merdeka…” – Netizen Kecewa Orang Awam Buang Sampah Merata Lepas Perarakan Hari Kebangsaan


Umum sedia tahu semalam telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai berpusu-pusu hadir untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan selepas dua tahun tidak berlangsung kerana virus Covid-19.

Turut dapat dilihat semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia apabila ada yang sanggup datang ke lokasi acara seawal jam 5 pagi.

Namun, apa yang menyedihkan adalah perangai segelintir masyarakat yang mencemarkan alam sekitar dengan meninggalkan sampah merata-rata setelah selesai upacara perarakan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan di Twitter oleh seorang netizen yang menyuarakan rasa kecewa dengan sikap rakyat Malaysia.

Selain daripada meninggalkan sampah merata-rata, tumbuh-tumbuhan yang merupakan landskap perhiasan kaki lima di ibu kota juga turut dirosakkan oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab.

“Minda belum merdeka,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Merdeka hanya dibibir,” ujar seorang lagi warganet menunjukkan kekesalan terhadap perkara tersebut.

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

DBKL


22 jam lalu

“Mcm B*bi Masuk Kebun” – Pokok Hiasan Musnah Kena Pijak, DBKL ‘Perli’ Pengunjung Sambut Hari Merdeka





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.