Entertainment

“Memang Pakai Tudung On Off Ke?” – Pakai Topi Nampak Rambut Di Korea, Netizen Perli Erin Malek


Jarang kita dengar berita atau update tentang pelakon seorang ini kerana selepas mendirikan rumah tangga, aktres jelita ini lebih tumpukan masa dan perhatiannya buat keluarga.

Namun, semalam Erin Malek menerima kritikan segelintir warganet di aplikasi Instagram selepas dia memuat naik gambar percutian bersama suami dan dua anaknya.

Advertisement

Erin Malek


6 bulan lalu

“Terbang Dah Tudung..” – Penampilan Erin Malek Bercuti Di Dubai Cetus Pertanyaan Netizen

Pelakon Tentang Bulan itu kini sedang bercuti bersama keluarganya di Korea Selatan dan foto tersebut membuatkan netizen tertanya-tanya selepas melihat Erin tidak memakai tudung.

Erin dilihat hanya menyarung topi berwarna hitam dan rambutnya juga turut kelihatan membuatkan beberapa netizen bertanya sama ada dia kini sudah kembali ‘free hair‘.

Segelintir netizen juga turut menyuarakan pendapat mereka dan berkata Erin tampak lebih cantik dan manis jika bertudung.

Ada yang sempat menyindir ibu kepada dua anak itu dengan mengajukan soalan jika tudungnya hilang berterbangan ketika menaiki kapal terbang ke sana.

Sementara itu, segelintir netizen memerli Erin bertudung tidak konsisten kerana sebelum ini dia pernah menimbulkan spekulasi apabila beberapa kali memuat naik gambar tanpa memakai hijab.

Memang pakai tudung on off ke sis?”





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.