Entertainment

Mawar Karim Tak Bankrap, Buat Laporan Polis Nafi Hutang RM720,000


Peguam usahawan Mawar Abdul Karim iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dan Mohd Azali Ibrahim mengesahkan anak guamnya tidak diisytiharkan muflis selepas didakwa ingkar perjanjian dan tidak membayar pinjaman sebanyak RM720,000.

Artikel Berkaitan: Dituduh Tak Bayar Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dakwa Kena Fitnah Dengan Individu ‘S’

Tak terima notis bankrap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

Menerusi satu kenyataan rasmi, Datuk Mohd Imran menegaskan tidak ada menerima sebarang notis kebangkrapan yang diterima sehingga kini.

Kami mengesahkan bahawa setakat hari ini, 18 April 2022 , Mawar masih lagi seorang yang tidak bankrap.

Tidak ada sebarang notis kebankrapan yang telah diserahkan kepada beliau setakat hari ini.

Kata Datuk Mohd Imran, satu laporan polis telah dibuat pada 15 April 2022 oleh Mawar sebagai penafian terhadap dakwaan pihak plaintif bahawa kononnya dia telah menerima pinjaman serta berhutang sebanyak RM720,000.

Pihak kami juga telah pun memberikan beberapa maklumat berasaskan fakta material yang sangat penting berkaitan dengan kes ini kepada pihak polis.

Kami mahu satu siasatan lanjut dan lebih menyeluruh dibuat bagi memastikan sama ada wujud sebarang niat jahat, cubaan atau salah laku jenayah berkaitan penipuan atau apa-apa kesalahan lain dilakukan terhadap Mawar.

Mawar tak akan ulas isu ini

Selain itu, pasukan peguam Mawar telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran di Mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi, pada 18 April 2022.

Kami mengesahkan bahawa terdapat satu penghakiman ingkar kehadiran bertarikh 11 Januari 2022 yang telah direkodkan terhadap anak guam kami di Mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Penghakiman ingkar kehadiran ini adalah suatu bentuk penghakiman yang diperintahkan tanpa kehadiran defendan di mahkamah.

Buat masa ini, Mawar tidak akan mengeluarkan  apa-apa kenyataan berkaitan perkembangan kes dan hanya akan menumpukan urusan berkaitan profesion dan perniagaan sahaja.

Sebelum ini, menerusi Instagram Stories, bekas isteri aktor Fizo Omar ini mendakwa dia telah difitnah oleh individu yang digelar ‘S’ dan dakwanya ini bukan kali pertama terjadi.

Sumber: Instagram @mawar_karim





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.