Entertainment

“Manalah Tahu, Saya Belum Kahwin Lagi” – Guru Sains Dedah Cara Pelajar ‘Form’ 1 Jawab Soalan ‘Exam’


Perkongsian seorang guru mata pelajaran Sains Tingkatan 1 telah mendapat perhatian ramai netizen di Twitter baru-baru ini.

Semuanya bermula daripada sebuah video seorang remaja perempuan berkaitan topik ‘pembiakan’ yang mendapat kritikan ramai.

Menerusi gambar dikongsikan guru terbabit, dia telah menunjukkan cara salah seorang pelajarnya menjawab soalan peperiksaan.

Katanya, ketika mengajar topik ‘pembiakan’ bermacam ragam pelajar dapat dilihat. Ada yang senyap, ada yang bising dan ada juga teruja.

Ramai pelajar dikatakan skor markah pada soalan berkenaan alat pencegah kehamilan serta waktu yang perlu dielakkan untuk bersama bagi tujuan ‘family planning’.

Namun, ada juga pelajar yang memberikan jawapan di luar jangkaan seperti ini:

Manalah tahu, saya belum kahwin lagi. Nanti saya dah kahwin saya bagitahu cikgu.”

Pelbagai reaksi dan komen diberikan oleh netizen yang membaca perkongsian itu. Ada yang tidak dapat bayangkan bagaimana pelajar zaman sekarang mempunyai keberanian untuk menjawab sebegitu.

Seorang netizen berpendapat, sikap pelajar sebegitu dipengaruhi oleh internet dan media sosial seperti TikTok. Katanya,

Semuanya sebab pengaruh internet. Sibuk TikTok, Instagram dan semuanya.”

Segelintir individu dipercayai warga pendidik dilihat memberikan respon menunjukkan mereka turut memahami apa yang dilalui oleh guru itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TikTok postinor


2 minggu lalu

(VIDEO) Wanita Beli Pil Cegah Hamil Tapi Kena ‘Judge’, Pelajar Farmasi Ini Undang Kecaman Netizen





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.