Entertainment

‘Malu Dekat Pelancong Luar’ – Pengunjung Kecewa Taman Monumen Terengganu Terbiar, Tak Dijaga Rapi


Negara Malaysia sangat terkenal dengan tempat-tempat bersejarah malah bangunan-bangunan yang mempunyai nilai tinggi juga dilihatkan dijaga rapi agar nilai sentimentalnya dapat dikekalkan walaupun semakin ditelan zaman.

Artikel Berkaitan: Berusia Seribu Tahun, Pernah Menjadi Muzium. Ini Fakta Menarik Gereja Chora Bakal Jadi Masjid Di Turki

Artikel Berkaitan: Mencuit Hati, Nostalgik & Sarat Dengan Mesej Kebersamaan, Ini Antara Iklan Terbaik Merdeka 2022!

Keadaan menyedihkan, terbiar

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna yang dikenali sebagai Aril di telah berkongsikan video keadaan terkini Taman Monumen di Kuala Terengganu, Terengganu yang kelihatan terbiar dan mengalami beberapa kerosakan.

Dengan masjid berlumpur, retak sana sini. Bukannya masuk percuma. Malulah dekat pelancong luar.

Taman Monumen yang ditunjukkan dari video tersebut adalah tempat pelbagai replika binaan bersejarah dari tamadun Islam, seperti Masjid Nabawi, Hagia Sofia serta Masjid Al-Aqsa ditempatkan di sana sebagai tempat pelancongan.

Video

Peruntukan RM 5 juta untuk proses baik pulih

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman berkata peruntukan sebanyak RM 5 juta akan digunakan untuk kerja baik pulih beberapa replika yang telah rosak dan dijangka siap menjelang tahun 2024.

Tambahnya lagi, kerosakan itu difahamkan berlaku atas sebab faktor cuaca yang tak menentu menyebabkan bangunan replika itu kelihatan lusuh buat masa ini.

Sumber: TikTok @aryl_je, Utusan Malaysia



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.