Entertainment

Makan Gerai Tepi Jalan, Eina Azman Dipuji Humble


Baru-baru ini, pelakon Datin Paduka Eina Azman menjadi perhatian ramai apabila secara bersahaja menikmati juadah laksa dan durian di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan di sekitar Kampung Baru.

Pasti ramai beranggapan Eina akan makan di restoran terkemuka sahaja apatah lagi pelakon itu sentiasa tampil bergaya dan kini berstatus VVIP.

BACA: Paras Oksigen Suami Eina Azman Menurun

Namun, Eina masih merendah diri dan lebih menjadi perhatian pelakon itu tidak berkira untuk mempromosikan gerai berkenaan.

“Laksa dia sedap guys. Saya dekat sini tolong la sikit promo akak ni. Laksa Kampung Baru sedap makanan dia, very nice. Ini bukan dia bayar untuk paid review ya,” katanya.

Menerusi sesi Live di TikTok itu, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri Eina dan disebabkan itu juga rezeki pelakon itu melimpah.

Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. Pasangan itu dikurniakan sepasang kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.