Entertainment

Majlis Bersiram Pun Berdebar, Mas Idayu Tak Keruan Tunggu Hari Nikah


Pasti ramai tahu kurang dua minggu saja lagi penyanyi Mas Idayu bakal bakal diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa.

Memetik Media Hiburan, Mas Idayu berkata dia tidak sangka perkahwinannya menjadi perhatian dan ramai mahu menaja majlisnya yang kini hampir mencecah RM8 juta.

BACA: “Saya Rasa Seperti Perkahwinan Pertama” – Mas Idayu

“Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir mencecah RM8 juta.

“Sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pihak yang mendekati untuk menaja beberapa keperluan perkahwinan, namun saya terpaksa tolak secara baik sebab semua persiapan Alhamdulillah sudah disediakan,” katanya.

Berkongsikan mengenai perasaannya, Mas Idayu mengakui berdebar-debar dan tidak keruan menantikan majlis akad nikah pada 16 September depan.

“Bercakap tentang perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Macam majlis bersiram hari ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti,” katanya.

Difahamkan, baru-baru ini berlangsungnya majlis bersiram di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad lalu. Majlis itu juga merupakan antara penajaan yang diterima penyanyi itu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.