Entertainment

Mahu Selebriti Kegemaran Buat Surprise Hantar McDonald’s Depan Rumah? Jom Sertai Peraduan #SelebHantarMeals Sekarang!


Shout Out!

Sebut sahaja McDonald’s, sudah pasti ramai rakyat Malaysia akan tersenyum. Mana taknya, jenama ikonik ini sering menyampaikan berita gembira serta melakukan ‘surprise’ buat para pelanggannya sejak dahulu lagi.

Sempena tahun baharu ini, McDonald’s sekali lagi hadir dengan kejutan yang bakal membuatkan semua pelanggan setianya teruja dan tak sabar untuk ikut serta. Korang nak tahu tak kejutan apa?

Haaa, untuk korang yang kaki McDelivery, bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2022 ni McDonald’s ada kejutan khas untuk korang melalui Karnival McDelivery. Korang berpeluang sertai peraduan #SelebHantarMeals untuk bertemu dengan selebriti popular tanah air yang akan menghantar pesanan korang hingga ke pintu rumah. 12 orang pelanggan bertuah akan dipilih menerusi peraduan #SelebHantarMeals ini. Wow, biar betul ni? Siapa selebriti yang terlibat dengan kempen ni?

McDelivery #SelebHantarMeals menampilkan abang-abang dan juga kakak-kakak delivery iaitu Hannah Delisha, Aiman Hakim, Zahirah MacWilson, Khai Bahar, Alif Satar dan Nabil Ahmad. Bayangkan Zahirah MacWilson dan Hannah Delisha tiba-tiba berada di hadapan pintu rumah korang dan tolong hantarkan pesanan yang dibuat? Memang tergamam habis la kan, ibarat mimpi jadi realiti!

Jadi, untuk menyertai peraduan #SelebHantarMeals yang diadakan dari 1 hingga 11 Januari ini, korang hanya perlu ikut tiga langkah mudah. Pertama, pesan mana-mana ‘Kombo Karnival’ dari minggu 1 dan 2 melalui McDelivery untuk menyertai peraduan ini. Seterusnya, masukkan kod selebriti kegemaran korang dan pilih di antara 7 Kombo Karnival dalam minggu 1 dan 2 itu.

Sebagai contoh, korang nak sangat-sangat bertemu dengan Khai Bahar. Korang hanya masukkan kod unik selebriti pilihan seperti ini “KHAIBAHAR”. Korang boleh tengok dekat atas untuk kod penuh setiap selebriti. Langkah terakhir, 12 pemenang bertuah akan menerima notifikasi daripada McDonald’s sebelum selebriti pilihan hadir menghantar pesanan yang dibuat. Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh sertai peraduan #SelebHantarMeals sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari laman web McDonald’s Malaysia.



The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.