Entertainment

“Macam Ibu Dan Anak” – Jasmin Hamid Dikutuk Bersuami Muda, Minta Netizen Jaga Adab


Seperti yang kita semua tahu, pelakon popular iaitu Jasmin Hamid kini sudah hampir enam bulan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nazmir Abdul Rahim.

Namun, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir netizen yang masih melemparkan kata-kata hinaan terhadap dirinya dan suami.

Menurut laporan Mstar, kebanyakkan kata-kata yang menyamakan dia dan suami seperti ibu dan anak sedikit sebanyak melukakan hatinya.

Tolonglah jaga adab, ini suami bukan anak saya! Rezeki saya bersuamikan lelaki muda. Saya terkilan ada beberapa komen netizen.

Tambah Jasmin, ada juga netizen yang mengatakan mereka tidak sesuai bersama kerana suaminya nampak terlalu muda. Malah, ada juga yang menganggap suaminya ‘mata duitan’ yang hanya mahukan wang dimilikinya.

Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami.

Info tambahan, Jasmin telah mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya Nazmir Abd Rahman, pada November lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.


5 jam lalu

Rakaman Lelaki Mirip Pelakon & Anak Pendakwah Terkenal Sedang Bercium Dengan Wanita ‘Viral’ Di TikTok





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.