Entertainment

Lulus Cemerlang Semester Akhir ASWARA, Suami Hadiahkan Ayu Damit iPhone & Apple Watch


Seperti ramai yang sedia maklum, penyanyi Ayu Damit telah menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif sejak dari tahun 2021.

Artikel Berkaitan: Terkejut Nampak Ular Di Dapur, Mimpi Ayu Damit Jadi Kenyataan – ‘Mujur Saya Nampak, Kalau Tak…’

Artikel Berkaitan: Ayu Damit Terkilan Netizen Hanya Baca Tajuk & Tak Faham Cerita Sebenar – ‘Saya Tak Kata Pun Tak Bagi Anak-Anak Cucuk Vaksin!’

Berjaya tamatkan pengajian

Menerusi Insta Story yang dimuat naik oleh Ayu Damit sendiri, dia berkongsikan tangkap layar keputusan cemerlang yang diperoleh bagi semester terakhir pengajiannya selepas setahun penjadi pelajar di ASWARA.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Usaha dan usaha untuk mencapai cita-cita”

Lebih bermakna, difahamkan dalam kesibukan Ayu dalam dunia seni, dia berjaya menamatkan pengajian tanpa sebarang semester ulangan sekaligus melayakkan dirinya untuk memperoleh ijazah yang diidamkan.

Suami Tunai Janji, Hadiahkan iPhone & iWatch

Atas prestasi yang baik dalam pelajaran, suami kepada Ayu iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin menunaikan janjinya dengan menghadiahkan isterinya seunit telefon bimbit iPhone dan juga Apple iWatch.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya lulus juga exam terus ke degree so dapatlah hadiah 1 set iPhone dengan iWatch yang my nak kan tu!”

Syed Fauzi atau lebih dikenali sebagi Pogi, menjelaskan di Insta Story bahawa pada awalnya dia memang sudah berjanji untuk berikan ganjaran kepada Ayu sekiranya berjaya tamatkan pengajian tanpa mengulangi semester.

Sumber: ayudamit





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.