Entertainment

Lelaki Maut Ketika Mendaki Bukit Disahkan Positif Covid-19


Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Haji Yusuf di Kampung Berapit, Tikam Batu di Sungai Petani, Kedah pagi semalam.

Meninggal dunia ketika mendaki

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Utusan Malaysia, mangsa yang dikenali sebagai Azlan Ahmad berusia 45 tahun melakukan aktiviti mendaki secara berseorangan pada jam 7 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, empat jam kemudian iaitu sekitar pukul 11 pagi, seorang saksi mendakwa ternampak mangsa duduk dalam keadaan letih sambil memegang dada ketika menuruni bukit itu.

Saksi itu kemudian turun ke kaki bukit untuk meminta bantuan rakan pendaki lain dan apabila kembali semula ke lokasi didapati mangsa telah terbaring tidak sedarkan diri.

Disahkan positif Covid-19

Sekadar gambar hiasan

Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan keputusan hasil ujian saringan mendapati lelaki terbabit positif Covid-19. Menurut adik mangsa, abangnya tidak mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik walaupun pernah disahkan sebagai positif Covid-19 sebelum ini

Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat. Hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Difahamkan, Allahyarham merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggalkan seorang isteri serta dua anak masing-masing perempuan berusia 20-an dan lelaki 18 tahun.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.