Entertainment

Lelaki Buntu, Anak Tiri Desak Ceraikan Ibu Untuk Rujuk Semula Dengan Bekas Suami


Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak mahu melepaskan isteri tercinta selepas didesak anak tiri untuk berbuat demikian, seorang lelaki meluahkan rasa buntu. Lebih sadis, anak tiri dikatakan mahu ibunya kembali bersama dengan bekas suami yang merupakan seorang penagih dadah.

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian seorang individu yang tidak mahu dirinya dikenali di Kisah Rumah Tangga Fans, lelaki berkenaan mengakui bahawa dia sangat menyayangi isterinya, namun si isteri mula rasa buntu apabila didesak oleh anaknya yang menyuruh supaya merujuk semula dengan bekas suaminya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan dikatakan pernah meminta suaminya untuk mengalah serta menceraikannya demi mengikuti kehendak anaknya itu.

Isteri saya mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan masa lalu dia. Bekas suami dia juga seorang penagih dadah.

Sepanjang mereka mendirikan rumah tangga, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan juga ayah terutamanya dalam menyediakan rumah, keperluan makanan, pakaian serta kebajikan isteri dan juga anak-anak.

Malah, segala kos perbelanjaan mereka sekeluarga juga telah diselesaikan tanpa menyusahkan si isteri kerana dia sedar bahawa ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Saya tak pernah membenci anak-anak tiri saya. Persoalannya saya, wajar ke saya berkorban dengan melepaskan isteri saya demi anak-anaknya yang mahukan bapa mereka kembali bersama dengan ibu mereka.

Saya buntu. Saya sangat sayangkan isteri saya. Isteri saya pun sama. Anak-anak bukan tak sedar atau tak tahu keadaan bapa kandung mereka tetapi mereka tetap nak buat masalah.

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya lagi, isterinya sudah cukup menderita gara-gara bekas suaminya itu sering ‘keluar masuk’ ke dalam penjara. Apa yang mengejutkan lagi adalah nafkah makan dan minum mereka sekeluarga tidak disediakan. Malah si isteri terpaksa bekerja demi menanggung sewa rumah serta perbelanjaan harian anak-anak.

Saya terkilan kadang-kadang isteri saya seolah-olah tak boleh berfikir dan terlalu mengikut kehendak anak. Saya ambil isteri dengan satu proses pernikahan yang sah bukan pernikahan yang disebabkan perbuatan terlarang.

Susulan daripada luahan berkenaan, si suami berasa begitu buntu dan meluahkan rasa berat hati untuk menceraikan isterinya kerana dia terlalu menyayanginya.

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.