Politics

Konvoi beri kesedaran kesihatan mental


PETALING JAYA – Seramai 250 peserta menyertai ‘Ride for Suicide Awareness Kuala Lumpur – Penang 2022’ dalam usaha mencegah tindakan bunuh diri dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan mental.

Ia anjuran Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2022 yang disambut esok melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi, kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

Presiden MIASA, Anita Abu Bakar berkata, inisiatif itu adalah usaha pihaknya untuk mengajak rakyat Malaysia menunjukkan semangat perpaduan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental dan yang berisiko membunuh diri.

“Kesemua peserta akan bertolak dari Hotel Royale Chulan, The Curve di sini esok dan berhenti di beberapa tempat iaitu hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah, jambatan kedua Pulau Pinang, Balai Bomba dan Penyelamat Perai dan akhir sekali Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin Gelugor.

“Menerusi konvoi ini, kami akan mendengar dan belajar usaha-usaha mencegah tindakan bunuh diri serta menunjukkan penghargaan terhadap komitmen dan usaha yang telah diberikan,” katanya pada sidang akhbar pelancaran ‘Ride for Suicide Awareness Kuala Lumpur – Penang 2022’ di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang konvoi tersebut, pihaknya akan mengedarkan kit kesihatan mental, buku kecil dan risalah bagi menyampaikan maklumat untuk membantu mereka berdepan masalah kesihatan mental.

“Kami akan berkomunikasi dengan masyarakat bagaimana membantu mencegah kes bunuh diri dan memulakan perbualan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.