Entertainment

Konon Jari Tersepit, Netizen Terhibur Neelofa Buat Trend Panggil Abang Bomba


Selepas muncul dalam perarakan sambutan Merdeka baru-baru ini, fenomena ‘abang bomba sado’ masih lagi menjadi bualan ramai, malah trending audio di aplikasi TikTok Abang Bomba Selamatkan Saya.

Baru-baru ini, selebriti popular Neelofa turut menjadi perhatian apabila memuat naik video menggunakan audio tersebut ketika melakonkan situasi seolah jarinya tersepit pada pintu.

BACA: Neelofa Kongsi Sipi-Sipi Wajah Bilal, Netizen Kata Dari Belakang Dah Tahu Handsome

@lofa.world

geram je tengok 2 org ni? #Neelofa #HarisNeelofa #InnaiNunha #FYP ?@nunha.co

? original sound – lofa.world – lofa.world

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh akaun kelab peminat, @lofa.world di aplikasi TikTok. Video itu memaparkan Neelofa konon menjerit jarinya terkeput dan meminta pertolongan abang bomba.

Bagaimanapun, bukan abang bomba yang muncul sebaliknya, suaminya, pendakwah bebas PU Riz yang datang ‘menyelamatkan’ isterinya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang terhibur dengan gurauan suami isteri itu. Kata netizen, abang bomba tiada tetapi pak ustaz yang muncul.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai produk inai Neelofa yang dikritik pengguna seakan-akan lebam seolah-olah terkepit pintu dan tidak merah seperti inai lain.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.