Entertainment

Kongsi Video Mesra Laga Pipi Dengan Alvin Chong, Netizen Tegur Emma Maembong


Pasti ramai tahu pelakon Emma Maembong sememangnya bersahabat baik dengan pelakon dan penyanyi, Alvin Chong. Baru-baru ini, Emma dilihat ada memuat naik video di Instagram bersama aktor itu.

Bagaimanapun video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila memaparkan Emma berpeluk baju dengan Alvin sambil melagakan pipi.

BACA: Lakon Watak Baran, Emma Maembong Takut Terbawa-Bawa Beri Kesan Pada Keluarga

Difahamkan, video tersebut disunting oleh Alvin bagi meraikan persahabatan mereka yang terlah terjalin sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi entri itu, Emma turut menulis kapsyen tersentuh dengan video berkenaan serta meluahkan rasa sayang buat sahabatnya itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan Emma itu tiada masalah berkawan dengan lelaki tetapi jaga batas pergaulan apatah lagi statusnya sudah berkahwin.

Malah, ada netizen meluahkan rasa pelik serta bertanyakan adalah suami pelakon itu tidak marah melihat video berkenaan.

Emma mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dengan Muhammad Shazli Azhar. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.