Politics

Komisen tak dapat, duit akauntan RM64,975.75 lesap


PONTIAN – Seorang eksekutif akaun terpedaya dengan janji manis tawaran pekerjaan sambilan yang tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM64,975.75.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 28 tahun telah menerima satu pesanan ringkas pada 20 Ogos lalu dari seorang perempuan Melayu.

Katanya, dalam urusan pekerjaan tersebut, mangsa telah dijanjikan akan menerima semula wang modal yang dikeluarkan berserta dengan komisyen sebanyak RM 50 hingga RM 500 sehari.

Menurut beliau, pada awalnya, mangsa telah menerima kira-kira RM1,000 dari suspek setelah melengkapkan tugasan pertama dan kedua sehingga wanita tersebut tertarik dengan keuntungan itu.

“Untuk menjawab soalan seterusnya, mangsa diminta membuat pindahan wang ke akaun sindiket tersebut bermula pada 26 Ogos, sebanyak 35 kali pindahan dengan jumlah keseluruhan RM64,974.75 kepada beberapa akaun berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohammad Shofee nenambah, setelah pindahan dilakukan, tetapi wanita tersebut masih belum mendapat pulangan, diminta membuat pindahan RM15,000 bagi melengkapan urusan sebelum mendapat komisyen.

“Mangsa yang mengaku tidak mempunyai wang lagi telah merasa dirinya ditipu kerana bayaran komisyen yang dijanjikan tidak diterima walaupun telah membuat banyak pembayaran,” ujarnya.

Katanya, menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat satu laporan semalam di Balai Polis Pekan Nanas di sini.

Menurut beliau, kes akan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan juga denda.

Sehubungan itu, Mohammd Shofee mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan dari orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.

“ Mondus Operandi ( MO ) sendikit seperti ini ialah menawarkan perkerjaan yang tidak wujud, menawarkan komisyen yang tinggi sehuingga RM500.00 sehari yang boleh dianggap tidak waras untuk diakui kebenaran,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.