Entertainment

Kereta Terjun Parit, Isteri Shuk Tanya Siapa Wanita Bertudung Hitam?


Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila tular video kereta didakwa milik pelawak, Shuk Sahar terbabas ke dalam parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam petang semala.

Meskipun sedang diuji, Shuk dilihat tenang dan masih mampu ketawa. Bagaimanapun setakat ini masih tiada pengesahan daripada Shuk mengenai perkara itu.

BACA: Shuk Sahar Terbabas, Kereta Terjun Parit

Namun, video tular di TikTok itu turut mendapat perhatian isteri Shuk, Rossa Serra yang berkongsikan semula di Insta Story berserta komen daripada netizen mengenai insiden tersebut.

Malah, Serra turut menyertakan beberapa hashtag #hidup3lapis #kanaknumburr #penangankurusi3lapis dengan emoji ketawa.

Dalam pada itu, Serra turut bertanyakan di Insta Story siapa wanita yang dilihat memakai tudung hitam di belakang pelawak tersebut serta mengesyaki itu adalah wanita ‘misteri’ dalam video tular bersama dengan suaminya baru-baru ini.

Terdahulu,r ata-rata netizen meluahkan rasa simpati serta mendoakan agar urusan pelawak itu dipermudahkan.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen mengatakan apa yang berlaku adalah kifarah. Tidak kurang juga ada netizen mungkin tertekan kerana tular video keluar dengan skandal.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.