Entertainment

“Kami Tak Gaduh Pun, Tetap Bersahabat Baik”


Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian pasangan pelakon Azri Iskandar dan Ellie Suriaty.

Memetik Astro Gempak, Azri berkata keputusan untuk berpisah selepas 19 tahun bersama kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

BACA: Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai Selepas 19 Tahun Berkahwin

“Ya betul… saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun.

“Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya.

Enggan komen lanjut mengenai perkara itu, Azri memohon orang ramai mendaoakan agar kehidupan mereka diberikan ketenangan.

“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.

“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” katanya.

Terdahulu, Azri Ellie bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.