Entertainment

Kalini Jom Ronda Kongsi 65,000 Unit Minuman F&N Buat Rakyat Malaysia Sempena Merdeka Ke-65!


Bila tiba hari Kemerdekaan ni, mesti semua excited kan? Selalunya, ada pelbagai aktiviti dan sambutan yang menarik akan diadakan. Bukan sahaja bagi mengingati peristiwa-peristiwa dan juga kemajuan yang dicapai, malah ia juga akan membangkitkan semangat kita sebagai rakyat yang cinta akan negara.

Jadi, sempena hari Kemerdekaan ni, Jom Ronda bersama-sama F&N ingin berkongsi kegembiraan dan meraikan nostalgia bersama-sama rakyat Malaysia.

Jenama yang digemari ramai, “Dulu, Kini & Selalu F&N”!

Seperti yang korang semua tahu, F&N adalah salah satu jenama yang digemari ramai dan mereka mempunyai pengikut setia di kalangan rakyat Malaysia. F&N juga telah menghasilkan pelbagai produk yang menjadi barangan ruji yang terdapat dalam isi rumah sehingga hari ini.

Betul lah dengan kata slogan mereka iaitu “Dulu, Kini, Selalu F&N”. Sehingga ke hari ini, produk F&N seperti minuman No. 1 isotonik 100PLUS, F&N Fun Flavours, F&N SEASONS, F&N Magnolia, F&N ICE MOUNTAIN mendapat tempat di hati semua rakyat Malaysia.  

F&N beri 65,000 unit minuman buat komuniti setempat di kawasan Lembah Klang!

Untuk pengetahuan korang, Jom Ronda yang telah dibawakan oleh F&N ini adalah salah satu inisiatif baharu oleh Media Prima Omnia dalam memberi keceriaan buat komuniti setempat. Oleh itu,  sebanyak 65,000 unit minuman F&N akan diberikan buat mereka yang berada di sekitar Lembah Klang.

Bermula pada hari Rabu 31 Ogos sehingga 18 September nanti, terdapat 4 jenis air minuman ikonik iaitu 100PLUS ZERO, 100PLUS ACTIVE, F&N Sarsi, F&N Ice Cream Soda, dan F&N Teh Tarik akan diedarkan dan jumlah sasaran sebanyak 65,000 unit selama 19 hari untuk meraikan kegembiraan bersama rakyat Malaysia sempena Merdeka ke-65 serta memastikan mereka sentiasa segar. 

Selebriti dan juga team Hot FM Zoomerz pun ada memeriahkan Jom Ronda ni tau! 

Selain itu, acara flag off juga akan diadakan untuk memperingati Jom Ronda bersama F&N. Ia telah diadakan di Balai Berita, Bangsar. 

Siap ada enam personaliti lagi tau yang bakal meraikan hari yang indah ini, antaranya Nabil Aqil, Aman Aziz, Sharul Kamal, Afieq Shazwan, Ahmad Adly, dan Fiza Thomas. Ha.. silap-silap kalau korang bertuah, mereka sendiri akan hantar produk tersebut dekat depan rumah korang. Best kan!

Bukan tu saja, Hot FM Zoomerz pun akan sertai Jom Ronda pada hujung minggu tau! Ha…korang jangan lupa untuk nantikan update mengenai tempat yang mereka akan pergi melalui stesen radio mereka serta di laman sosial Hot FM Zoomers! 

Semoga dengan kempen Jom Ronda sempena Merdeka kalini dapat beri keriangan untuk semua!

Bertuah siapa yang dapat produk-produk dari F&N melalui inisiatif Jom Ronda ni kan? Harapnya dengan apa yang mereka lakukan ini dapat memberi inspirasi dan semangat untuk korang dalam berkongsi keceriaan bersama-sama dengan yang lain juga.

Untuk info lanjut mengenai produk F&N ni, korang boleh klik mana-mana link dibawah ni.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.