Entertainment

“Kalau Isteri Mengidam Tunaikan Lah” – Borak Topik Ibu Hamil, Shuib Tahan Sebak Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah


Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio iaitu Ajak Shiro telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya yang memaparkan pelawak, Shuib Sepahtu telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Shuib dilihat berada di konti radio Suria FM untuk Segmen Pagi bersama Ajak Shiro serta Suraya Borhan.

Difahamkan, pada pagi itu mereka bertiga telah berbual mengenai topik jenis-jenis mengidam yang dialami oleh ibu mengandung dan ramai para pendengar yang turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi tersebut.

Namun, disebalik kemeriahan sewaktu rakaman radio, Shuib dilihat memalingkan muka sewaktu lagu dendangan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin diputarkan ke udara.

Kalau isteri kita mengidam, suami usahalah sebaiknya tunaikan.. Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia…

Meninjau di ruangan koman, Shuib turut sempat meninggalkan komen di hantaran Ajak itu dan telah membuatkan air matanya keluar diawal pagi.

Selain itu, perkongsian video tersebut turut mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya berasa sebak melihat pelawak itu dan memahami perasaan yang dilaluinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.


10 jam lalu

“Sedih Nak Bagitahu..” – Tawaran Berlakon Drama TV Puteri Balqis Ditarik Balik?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.