Politics

Jurutera maut kemalangan – Kosmo Digital


SHAH ALAM – Polis mencari saksi kemalangan maut melibatkan seorang jurutera di Kilometer 31.4 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.29 petang itu, mangsa merupakan pemuda berusia 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa yang
menunggang motosikal jenis Honda Future menuju ke arah Kuala Lumpur.

Katanya, mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya.

“Ia mengakibatkan mangsa terjatuh
dan terkena tayar belakang sebuah treler jenis Volvo yang sedang bergerak di lorong ketiga.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan 1987.

Sehubungan itu, Mohd. Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744. -KOSMO!ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.