Entertainment

“Jujur Saya Trauma..” – 5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Serik Cetus Kontroversi


Setelah usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengeluarkan muzik video raya pada tahun ini, pelbagai kontroversi yang telah tercetus hinggakan dirinya dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Selepas melalui pelbagai kontroversi berhubung dengan muzik video raya yang berjudul Kelepak Kelepuk, Aliff mengakui dia sememangnya berasa trauma dengan apa yang telah berlaku.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal itu, Aliff hanya memberitahu siasatan berlangsung selama 5 jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Dalam pada masa yang sama, usahawan tersebut turut sempat memohon maaf kepada umum dan tidak pernah mempunyai niat apa-apa, kecuali mahu menghiburkan hati para peminat.

Niat saya hanya ingin menghiburkan hati anda saja. Saya tak jangka boleh sampai ke tahap ini.

Tambahannya lagi, dia tidak menyangka muzik video raya dia kali ini mendapat perhatian netizen hingga tercetusnya kontroversi yang terjadi.

Sebelum ini, video terbabit telah dikecam ramai kerana adanya sekumpulan lelaki bersolek dan perwatakanan lembut dengan menari tarian yang agak menjolok mata, dimana ia boleh dikatakan agak tidak sesuai untuk disiarkan ketika bulan Ramadan.


3 minggu lalu

“Tujuan Video Ni Pasal Nak Memondan” – Aliff Syukri Mahu Saman Damian Mikhail RM1 Juta Sebab Status Ini?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.