Entertainment

“JPN Kena Jawab” – Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa ‘Bocor’, Dijual Pada Harga RM43k?


Menerusi perbincangan di Forum Lowyat, difahamkan data peribadi rakyat Malaysia yang dilahirkan dari tahun 1940 sehingga tahun 2004 yang dimiliki Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah dijual secara dalam talian pada harga US$10,000 ataupun sekitar RM43,885.

Data peribadi yang pada mulanya dijual di pasaran gelap ini telah disenaraikan di forum pengkalan data yang lebih mudah diakses dan diperolehi.

Selain itu, penjual yang memperdagangkan data peribadi itu mendakwa myIDENTITY API iaitu sebuah pentas perkongsian data yang direka untuk pihak kerajaan dan agensi awam mendapatkan butiran peribadi adalah sama seperti yang dijual dan disenaraikan pada tahun lepas.

Sekadar info, penjualan data ini meliputi senarai penuh maklumat peribadi individu seperti nama, nombor kad pengenalan, jantina, bangsa, agama dan juga foto peribadi.

Malah, penjual tersebut turut menyiarkan maklumat peribadi milik Hamzah Zainudin kepada umum sebagai ‘contoh’ ketulenan data yang dijual.

Dan sehingga ke saat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Dai syed


1 jam lalu

Pengadu Tarik Balik Laporan Polis Kes Gangguan S*ksual, Nasib Da’i Syed Diketahui 31 Mei Ini





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.