Politics

Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan


KOTA BHARU – Jenazah pelakon terkenal yang juga penulis lirik tersohor, Bob Lokman, 58, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung hari ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian di sini sebentar tadi.

Jenazah Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman dikebumikan di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 9.10 malam tadi.

Terdahulu, arwah disolatkan di Masjid Mukim Pulau Hilir di sini selepas solat isyak.

Dalam upacara pengebumian itu, kira-kira 100 ahli keluarga, rakan artis dan peminat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Bib Lokman.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Bob disahkan arwah meninggal dunia semasa sedang tidur di rumahnya di Taman Pulau, Demit dekat Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 1 tengah hari.

Sebelum ini, penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search itu terpaksa bergantung nyawa dengan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Bob turut perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan bagi memantau tahap kesihatannya dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital.

Jun lalu, Bob turut mendedahkan bateri jantungnya hanya berbaki 10 peratus dan boleh pergi menghadap Ilahi pada bila-bila masa. – KOSMO! ONLINE.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.