Politics

JDT kejutkan Ulsan Hyundai FC 2-1


ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengejutkan bekas juara, Ulsan Hyundai FC 2-1 dalam perlawanan penuh mendebarkan peringkat Kumpulan I Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Ulsan Hyundai hampir mendapat gol pembukaan seawal minit pertama menerusi gerakan Valeri Qazaishvili yang membuat umpanan kepada Leonardo Nascimento namun berjaya diselamatkan penjaga gol, Haziq Nadzli.

Bagaimanapun, juara ACL musim 2020 itu tersentak apabila pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan hasil rembatan lencong Fernando Forestieri pada minit ketiga.

Forestieri menggunakan kepakarannya melencongkan bola ke arah penjuru kiri gawang melepasi jangkauan penjaga gol, Jo Hyeon-woo untuk meletak tuan rumah di hadapan.

Pasukan kendalian Benjamin Mora itu terus bersemangat untuk mencari gol kedua dengan menggunakan kelincahan Arif Aiman Hanapi di sayap kanan namun berjaya dipatahkan pertahanan lawan. – KOSMO! ONLINE.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.