Entertainment

“Jangan Hina Najib & Rosmah, Sibuk Menghitung Dosa Orang Lain”


Selepas Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara, giliran isterinya pula Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah atas tuduhan rasuah semalam.

Berita mengenai pasangan itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial termasuk usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang menegur netizen yang melampau menghina bekas Perdana Menteri dan isterinya.

BACA: Naik LRT Sambut Merdeka, Aliff Syukri Disambut Macam Perdana Menteri

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff terkilan apabila ramai mengeluarkan kata-kata hina terhadap mereka serta meminta untuk membayangkan bagaimana jika itu adalah kedua ibu bapa kita.

“Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia… jangan mengkeji dan menghina melampau.. cuba bayangkan itu mak ayah kita. Lagipun dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak,” tulisnya.

Aliff turut berkongsikan pengalamannya ketika ditahan polis bagi membantu siasatan kes yang didapati tidak bersalah. Menurutnya, ia adalah pengalaman tidak dapat dillupakan seumur hidupnya apatah lagi kes yang dilalui oleh Najib dan Rosmah.

“Saya nak cerita sikit kat awak ni. Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk  siasatan kes yang saya tidak bersalah. Itu pun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ketakutan dan malu. Malah itu adalah detik yang tak dapat saya lupakan seumur hidup saya.

“Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.. saya tak dapat nak bayangkan perasaan tu jika saya di tempat mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia bukan penyokong tegar mereka namun menjadikan iktibar di atas apa yang berlaku serta mendoakan pasangan itu tabah dengan dugaan tersebut.

“Saya bukanlah penyokong tegar mereka dan bukan membenci mereka tetapi ambik sebagai iktibar buat kita. Semoga kedua-duanya tabah dengan dugaan ini yang bukan calang-calang. Salah atau tidak biar Allah yang tahu dan biarkan badan berwajib membuat tindakan.

“Kita jangan lah menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Janganlah kita sibuk menghitung dosa orang lain sampai kita terlupa nak hitung dosa kita sendiri. Ingat, kesalahan mereka pun ujian untuk diri kita juga. Jangan seronok dengan dugaan orang lain sebab tangan yang menaip pun bakal disoal nanti,” tulisnya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.