Entertainment

Isu Tutup Wajah Anak, Elly Mazlein Kata Itu Pilihan Sendiri


Baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan artis yang tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Kenyataan Kak KM itu turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara, Elly Mazlein yang berkongsikan pendapatnya mengenai isu tersebut.

BACA: Kak KM Rimas Artis Suka Sorok Wajah Anak Baru Lahir

Elly yang lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom itu berkata ianya adalah pilihan masing-masing untuk menutup wajah anak dan dia berbuat demikian kerana tidak mahu kedua anaknya terpalit dengan populariti.

“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka. Jangan pelik sangat, benda takde apa pun nak dipelik atau hairan,” tulisnya

Dalam pada itu, Elly berkata masing-masing mempunyai hak untuk membuat pilihan serta cara masing-masing dalam membesarkan anak-anak.

“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag kak KM apa entah nama dia, terima kasih,” tulisnya.

Terdahulu, Kak KM berkata berkongsikan wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur.

Ujarnya lagi, ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsikan wajah anak kerana orang ramai boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka yangg baru lahir itu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.