Entertainment

Isteri Mengidam Kuih Raya Tengah Malam, Menggelabah Ayie Floor88 Pergi Cari


Hamil empat bulan, vokalis Floor88 iaitu Ayie memaklumkan isterinya, Tasha Awei tiba-tiba mengidam untuk makan kuih raya pada pukul 11 malam.

Kata Ayie, meskipun sukar untuk mendapatkan kuih berkenaan apatah lagi bukan musim perayaan, namun dia gagahkan diri keluar mencari kuih berkenaan.

BACA: Isteri Bunting Pelamin, Ayie Floor88 Teruja Bakal Jadi Bapa

“Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari… tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari kuih dan biskut raya.

“Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur akhirnya pakcik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.

“Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Tasha ada berkongsikan di Instagram mengidam kuih raya. Meskipun ada pengikut yang membantunya untuk mendapatkan akaun penjual, namun dia mahukan kuih itu dengan segera.

“Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Kebanyakan penjual tak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tak laki aku jadi mangsa.

“Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku menangis tak dapat kuih raya malam ni. Aduh anak kenapa la kau mengidam benda yang susah nak cari masa sekarang ni.

“Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pakcik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya,” tulisnya di Instastory.

Ayie atau nama sebenarnya Fadlee Elhamshah mendirikan rumah tangga dengan Tasha pada 21 Oktober tahun lalu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.