Entertainment

Ibu Aliff Syukri Geli Tengok Penari Dalam MV Kelepak Kelepuk Raya


Pasti ramai tahu pada jam 12 sebentar lagi usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akan melancarkan lagu rayanya berjudul Kelepak Kelepuk Raya.

Meskipun belum melancarkan lagu berkenaan, bagaimanapun ramai yang kurang senang dengan penari-penari yang mengiringi Aliff apatah lagi berpakaian kurang sopan serta tidak kena dengan lagu tersebut.

BACA: Aliff Syukri Bakal Lancar Lagu Raya, Ramai Tak Sabar Nak Dengar

Perkara itu turut mendapat perhatian ibu usahawan itu iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang menempelak muzik video anaknya itu.

Bonda Rozita dilihat ada meninggalkan komen dalam satu klip video dikongsikan Aliff yang meluahkan rasa geli melihat penari-penari berkenaan apatah lagi berpakaian kurang sopan sehingga menampakkan bahagian tidak sepatutnya.

Bukan itu saja, Bonda Rozita dilihat turut memuat naik satu video di Instagram miliknya mengingatkan status anaknya itu yang merupakan seorang suami dan juga bapa.

Aliff dilihat ada meninggalkan komen mempersoalkan apakah salahnya serta meminta ibunya bersikap profesional dan menyifatkan muzik videonya itu adalah seni. Bagaimanapun, ibunya dilihat membalas semula komen Aliff itu dengan kata-kata pedas.

Terdahulu,  video klip pendek MV lagu tersebut menjadi bualan ramai yang terhibur dengan gelagat penari di sisi Aliff yang dikatakan terlalu over.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.