Entertainment

“GV Dah Masuk Musim Ke-9, Tak Boleh Terlalu Statik Dengan Format Sama”


Nampaknya Gegar Vaganza musim ke-9 kembali lagi apabila seramai 13 penyanyi hebat sebagai peserta telah pun diumumkan semalam bagi merebut gelaran.

Musim ini juga menyaksikan kelainan apabila ramai penyanyi popular dan masih aktif yang akan bertanding sekaligus menimbulkan tanda tanya penonton mengenai konsep program tersebut.

BACA: Netizen Tak Setuju Shila Amzah Bertanding GV9

Memetik mStar Online, Naib presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan ianya sebagai langkah baru daripada konsep asal program berkenaan.

Menurutnya lagi, penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan program realiti itu terus menjadi rancangan terbaik.

“Banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan apatah lagi GV sudah memasuki musim kesembilan jadi kita tidak boleh terlalu statik dengan format sebelum ini.

“Penambahbaikan perlu dilakukan supaya program ini dapat kekal sebagai rancangan hiburan nombor satu di Malaysia,” katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya juga mengambil maklum balas penonton selepas penyertaan Allahyarham Adibah Noor yang ketika itu masih aktif.

“Kemunculan arwah dalam GV mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penonton. Jadi tahun ini kami membawa masuk bintang masih aktif,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.