Politics

Glucerna bantu urus paras glukosa


MENURUT Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, kadar penghidap diabetes dianggarkan satu daripada lima orang dewasa bersamaan 3.9 juta orang berusia 18 tahun ke atas di Malaysia menghidapi diabetes. (1)

Lebih membimbangkan, pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi Covid-19 yang lebih serius kerana sistem daya tahan tubuh menurun. Ini menjadikan usaha untuk melawan virus bertambah sukar dan mengakibatkan tempoh pemulihan lebih lama. (2)

Faktor dan kesan

Antara faktor utama penyakit diabetes adalah disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. (3)

Insulin ialah hormon yang mengawal paras glukosa dalam darah dengan membenarkan glukosa masuk ke dalam sel-sel dan dengan itu menurunkan paras glukosa dalam darah. 

Paras glukosa darah yang tidak terkawal dalam badan bukan sahaja boleh meningkatkan risiko menghidap diabetes, namun juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf dan pemotongan anggota badan bawah. (4)

Cara kawal paras glukosa

Bagi mencegah atau mengawal penyakit diabetes, pemantauan glukosa dalam darah adalah komponen asas yang penting terutama apabila umur semakin meningkat dan mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes. 

Antara cara yang efektif untuk mengurus paras glukosa dalam darah adalah penerapan perubahan gaya hidup yang sihat, merangkumi pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang, bersenam, pemantauan paras glukosa berkala, pengambilan ubat-ubatan seperti yang ditetapkan oleh doktor, serta sokongan masyarakat.

Prihatin dengan kesihatan masyarakat, Abbott Nutrition melancarkan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna bagi memberi pendekatan kepada gaya hidup dan pemakanan terutama dalam pengurusan paras glukosa darah. 

Program ini bertujuan membantu masyarakat dalam pengurusan paras glukosa bersama pakar kesihatan seperti pelan pemakanan, senaman, ubat-ubatan dan pemantauan glukosa selama empat minggu. 

Peserta yang layak akan diberikan kit permulaan #KitaKawal bagi membantu mereka sepanjang program secara maya serta akan menjadi sebahagian daripada sokongan komuniti untuk berkongsi pengetahuan dan aktiviti berkumpulan. 

Selepas program empat minggu itu berakhir, peserta akan diraikan dalam majlis graduasi sebagai tanda komitmen mereka dalam membuat perubahan gaya hidup dan berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM60,000. 

Mulakan gaya hidup sihat anda hari ini dengan menyertai Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna di sini.

Produk Glucerna® untuk pesakit diabetes

Bagi pesakit yang ingin mengawal diabetes dengan lebih cekap, pakar penjagaan kesihatan mengesyorkan untuk mengambil produk formula khusus diabetes yang rendah indeks glisemik, serta mengandungi nutrisi yang lengkap dan seimbang seperti Glucerna® yang terdapat di pasaran. 

Pengambilan produk Glucerna® membantu mengawal paras glukosa dengan lebih cekap, malah juga boleh diambil sebagai pengganti makanan yang dapat membantu pengawalan berat badan. (5)

Terdapat pelbagai nutrisi yang baik

Pengambilan produk Glucerna® membantu mengawal paras glukosa dalam darah dengan adanya Sistem Karbohidrat Unik yang rendah indeks glisemik (GI) dihadam secara perlahan bagi menghasilkan pelepasan glukosa lebih lama pada saluran gastrointestinal.(6)

Kandungan empat kali lebih tinggi Myo-Inositol* dalam produk Glucerna® juga membantu meningkatkan sensitiviti insulin untuk mengawal glukosa dengan lebih baik. (7)

Glucerna® dilengkapi dengan 35 jenis nutrien yang lengkap dan seimbang, boleh diambil sebagai pengganti makanan & pengurusan berat badan (5).

Malah, ia juga dilengkapi dengan Campuran Lipid Unik yang mengandungi Omega-3, Omega-6, dan Omega-9 untuk menyokong kesihatan jantung (8).

Selain itu, Rumusan Dwiserat dalam Glucerna® mempertingkatkan kesihatan sistem penghadaman (9).

Secara keseluruhannya, pengambilan produk Glucerna® membantu pengurusan paras glukosa dengan lebih cekap. 

Produk ini ditawarkan dalam tiga perasa iaitu vanila, coklat dan gandum yang pastinya lazat untuk dinikmati. 

Kebelakangan ini Glucerna® juga melancarkan format sedia-untuk-diminum untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang ingin menikmati kebaikan Glucerna® bila-bila masa, di mana jua. 

Glucerna® boleh didapati di kedai-kedai berhampiran dan platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman rasmi Glucerna. 

Bagi penghidap diabetes yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna®, sila layari laman rasmi www.beincontrol.co 

 Rujukan:

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019
  2. Hellodoktor.com/kencing-manis/komplikasi-diabetes/pesakit-diabetes-risiko-covid/
  3. MyhealthMylife/memahami diabetes
  4. Myhealth/diabetes-mellitus-3/
  5. Chee WSS, et al. BMJ Open Diabetes Res Care. 2017
  6. Devitt AA, et al. J Diab Res Clin Metabol. 2012
  7. Dang NT, et al. Biosci Biotechnol Biochem. 2010
  8. Eckel RH, et al. Circulation. 2014
  9. Gowd V, et al. Crit Rev Biotechnol. 2019

 

* Berbanding dengan Glucerna® versi sebelumnya

 

MAL.2022.29827.GLU.1 08/24

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.