Entertainment

Gara-Gara Bercakap Terlalu Kuat, Lelaki Parah Ditikam Pisau


Hanya kerana bising pada waktu malam, seorang lelaki cedera parah gara-gara ditikam individu tidak dikenali di kawasan pantai di Thailand.

Ditegur sebab cakap terlalu kuat

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Narintorn sedang bersantai di tepi pantai bersama rakan-rakannya sebelum seorang lelaki keluar dari khemah lalu menyuruhnya untuk bercakap dengan lebih perlahan.

Berang dengan teguran terbabit, Narintorn kemudiannya meminta lelaki berkenaan untuk tidak masuk campur dalam urusannya.

Tidak lama selepas itu, individu terbabit bertindak mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa pada bahagian dada sebelum melarikan diri.

Ditemui berlumurah darah

Pasukan keselamatan dan paramedik bergegaskan ke lokasi kejadian dan menemui Narintorn dalam keadaan berlumurah darah sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sementara itu, pihak polis masih menyiasat kes terbabit dan mengesan di mana keberadaan suspek pada ketika ini. Kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku melibatkan pergaduhan disebabkan bunyi bising di Thailand.

Malah, pada Julai lalu, seorang lelaki didakwa menembak mati anak tirinya hanya kerana memasang muzik terlalu kuat.

Sumber : Thaiger



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.