Entertainment

Empat Tahun Mencuba, Mona Allen Berjaya Hamil Ikhtiar Minum Air Kelapa Muda Bakar


Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen bakal menimang cahaya mata sulung.

Memetik mStar Online, Mona memaklumkan usia kandungan sudah mencecah enam bulan. Ujarnya, dia tidak pernah merahsiakan kehamilannya itu namun menunggu masa sesuai untuk mengumumkan berita itu.

BACA: Mona Allen Hamil Anak Sulung?

“Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.

“Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.

“Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja,” katanya.

Berkongsikan mengenai usaha untuk hamil, Mona berkata dia dan suaminya pernah melakukan rawatan dengan pengamal perubatan Islam di Melaka selepas minum air kelapa muda bakar.

“Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.

“Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana. Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

“Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula,” katanya.

Dalam pada itu, Mona berkata dia tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya suaminya yang terkena tempias alahan.

“Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.

“Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu. Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.