Entertainment

Dua Bulan Kahwin, Danial Zaini Kadang-Kadang Lupa Ada Isteri


Pejam celik sudah dua bulan pelawak Danial Zaini mendirikan rumah tangga dengan isterinya Yasmine Umaira pada 2 Julai lalu.

Memetik mStar Online, berkongsi mengenai kehidupan selepas berkahwin Danial berkata masih lagi proses mengenali antara satu sama lain memandangkan sebelum ini bercinta jarak jauh.

BACA: Danial Zaini Tak Nak Minta Maaf, Cabar Iqbal Kahwini DSV Dulu

“Dua bulan berkahwin masih proses kenal, mungkin ada yang tak tahu kita orang jarang jumpa PJJ, so bila duduk rumah dia punya vibe, bila kau bangun pagi bini kau ada dekat sebelah.

“Bila balik bekerja, eh bila aku berbini, nak cakap pun agak awkward sebab kita jarang jumpa. Tapi dah dua bulan kahwin dan boleh adapt,” katanya.

Menurut Danial lagi, dia dan isteri masih belum berkesempatan untuk pergi berbulan madu kerana sibuk dengan jadual kerja.

Ditanya mengenai soal cahaya mata, Danial berkata mereka tidak membuat family planning untuk anak pertama dan menunggu rezeki.

“Rancangannya nak pergi berbulan madu hujung tahun ini tapi tengok pada jadual saya macam mana. Untuk ada anak pertama kami tiada perancangan. Kami cuba je, kalau tembakan dan lepas itu kena cantik. Ada la tu,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.