Politics

Dominasi Verstappen makin sukar digugat


MONZA – Sekalipun terpaksa menamatkan perlumbaan di belakang kereta keselamatan, pelumba Red Bull, Max Verstappen terus mengukuhkan kedudukkan keseluruhan apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix Itali, sebentar tadi.

Dalam perlumbaan 53 pusingan itu, Verstappen menamatkan aksi dengan catatan 1 jam 20 minit 27.511 saat, menafikan hasrat Charles Leclerc untuk memastikan Ferrari mengungguli saingan di laman sendiri.

Walaupun memulakan perlumbaan di petak ketujuh, Verstappen langsung tidak menoleh ke belakang, meluncur laju untuk meninggalkan Leclerc 2.446s di belakang.

Ia menjadi kemenangan kelima berturut-turut Verstappen dan kali ke-11 daripada 16 perlumbaan setakat ini sekali gus makin menghampiri kejuaraan dunia buat kali kedua.

Verstappen yang kini mengumpul 335 mata keseluruhan miliki kelebihan 116 mata berbanding Leclerc di tempat kedua. – AGENSI





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.