Entertainment

Dituduh Tidak Bekerja & ‘Makan’ Duit Isteri, Ini Respon Suhaimi Saad


Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya tidak bekerja dan mengharapkan duit isterinya.

Artikel berkaitan : Kerap Kongsi Tentang Vaksin, IG Suhaimi Saad Kena Sekat 30 Hari – ‘Ada Aku Kesah!’

Artikel berkaitan : Disoal Netizen Ambil Vaksin Atau Tidak, Suhaimi Saad: ‘Kami Pilih Cara Lain, Mungkin Pemakanan Sunnah’

Artikel berkaitan : ‘Sabarlah Dinda Berdua’ – Suhaimi Saad Titipkan Kata-Kata Semangat Buat Neelofa & Suami

Ada pendapatan tahunan, bulanan dan mingguan

Ujar pemilik nama Mohd Suhaimi bin Saad, dia menerima royalti sebagai seorang penyanyi, penulis lirik serta pencipta lagu apabila lagu-lagunya dimainkan di televisyen, radio dan sebagainya.

Royalti berkenaan dibayar dua kali setahun dan dikira sebagai pendapatan tahunan. Jika dia bersama keluarganya pandai berjimat, duit berkenaan mampu untuk bertahan selama beberapa bulan.

Alhamdulillah SS dah menyanyi dari tahun 2000 hingga sekarang  dan ada lebih 10 buah album termasuk album bersama In-Team, solo dan album kompilasi. Jadi setiap lagi yang diputarkan akan ada pihak yang akan kutip royalti dan akan bayar kepada artis.

Kalau SS meninggal dunia nanti royalti tu akan dibayar ke waris iaitu kak Ina Naim dan anak-anak.

Dalam pada itu, suami kepada Ina Naim turut mendedahkan pendapatan bulanannya di mana dia mengajar kelas al-Quran secara dalam talian pada sebelah malam dan seorang murid yang mengambil kelasnya itu membayar sebanyak RM100.00.

Untuk mingguan SS ajar anak-anak mula dari hari Ahad hingga Khamis. Jumaat dan Sabtu SS ambil kesempatan untuk buat khidmat urut. Katakan dua hari tu SS urut 3 orang jadinya 3 orang SS dapat RM300.00.

Selain daripada itu, Suhaimi Saad bersama isterinya turut membuat bisnes dalam talian dengan menjual pelbagai produk termasuklah kaftan, kopi dan sebagainya.

Respon SS

@mosusofficial Reply to @simasejati0 #pendapatan #kerja #royalti #gaji #duit ? original sound – Suhaimi Saad

‘Terbaik bang cara abang cari duit’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji caranya mencari wang untuk menyara keluarga. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusan Suhaimi Saad dan keluarga dipermudahkan.

Sumber : mosusofficial



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.