Entertainment

Dituduh Kerap Buat Pembedahan Sampai Muka Nampak Senget, Zoey Tak Ambil Hati


Sebelum ini, pelakon Zoey Rahman menjadi perbualan hangat netizen selepas rupa wajahnya didakwa kelihatan berbeza. Namun begitu, Zoey tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya membuat pembedahan kecantikan.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Netizen Tegur Buat Pembedahan Muka Ke? Zoey Rahman Balas, ‘Dah Tua Awak’

Bukan sebab pembedahan kecantikan

Menurut pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, wajahnya kelihatan sedikit berbeza adalah disebabkan solekan yang dilakukan.

Saya tak sangka video tutorial mekap yang dimuat naik di TikTok menerima pelbagai reaksi. Saya ada terbaca komen netizen yang mengatakan wajah saya kelihatan senget gara-gara kerap melakukan pembedahan pada wajah.

Bagaimanapun saya membalas komen itu dengan mengatakan sekurang-kurangnya hati saya tidak senget sehingga perlu mengata orang.

Walaupun dituduh sedemikian, Zoey memberitahu dia tidak pernah marah, malah menganggap apa yang dikatakan oleh netizen hanya sekadar gurauan.

Kerap promosi barang kosmetik

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini turut tampil mempertahankan dirinya apabila kerap mempromosikan barang kosmetik serta membuat tutorial solekan.

Sebagai pemilik produk kosmetik saya perlu promosikan produk saya. Bisnes ini adalah sumber pendapatan utama. Walaupun saya tahu sasaran pembeli adalah golongan wanita tapi lelaki juga boleh bersolek. Dulu saya akui agak malu nak buat video tutorial solekan sebab saya adalah lelaki.

Mahu atau tidak saya kena menggunakan pengaruh yang saya miliki. Kalau nak bayar pempengaruh untuk tolong promosi bayarannya menelan kos puluhan ribu ringgit.

Sumber : Harian Metro



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.