Entertainment

Dikecam Buang Gula-Gula Atas Pentas, Shila Amzah Mohon Maaf


Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan penyanyi Shila Amzah membuang gula-gula di atas pentas ketika menjayakan persembahan sempena Hari Merdea menerusi RTM.

Tindakan Shila itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apatah lagi ia bukan kali pertama penyanyi itu berbuat demikian. Sebelum ini, Shila pernah melakukan perkara sama ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 36 tahun lalu.

BACA: Pernah Kenal Lelaki Panas Baran, Shila Amzah Minta Wanita Berhati-Hati

@yazidyacob08

Bila ko lupa nak buang gula2 masa perform ? ?? kali ini terbang ye gula2 tu ??? Bertabahlah abg yg kutip tu ? #shilaamzah #shilalas #khilafasmara #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #fyp??viral #fyp?

? original sound – Yazid Yacob – Yazid Yacob

Susulan itu, ada yang mendakwa penyanyi itu tiada kesedaran sivik serta mengatakan gula-gula itu sepatutnya dibuang dulu sebelum naik ke pentas.

Sedar akan kesilapannya itu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Shila memohon maaf serta menjelaskan dirinya kurang sihat ketika melakukan persembahan secara langsung itu.

“Minta maaf sebab lupa buang gula-gula sekali lagi. Kesan selepas demam, makan ubat batuk, selesema dan panadol, lepas tu minum kopi pada pukul 11.30 malam,” tulisnya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.