Entertainment

Didakwa Gangguan Seksual, Bapa Pelakon Remaja Ditahan 


Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan ditahan polis semalam susulan laporan polis dibuat anaknya membabitkan kes serangan seksual, pengabaian dan memiliki bahan lucah.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Kedah, 2.25 petang semalam.

Polis berkata pihaknya turut merampas telefon bimbit dari suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

“Saringan ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya.

Suspek dibawa ke Majistret Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman sebelum reman dibenarkan sehingga 12 September ini.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai pendedahan oleh pelakon berusia 15 tahun itu yang berkongsikan sikap buruk bapanya serta mendakwa di raba oleh bapanya. 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.