Entertainment

Daphne Iking Tak Rindu Makan Khinzir, Sebelum Peluk Islam Memang Tak Suka Makan


Baru-baru ini, pelakon Daphne Iking berkongsikan apabila ada yang bertanyakan kepadanya sama ada dia rindu untuk makan daging khinzir selepas memeluk agama Islam.

Menerusi video dikongsikan oleh suaminya, Daphne berkata dia bukan seorang penggemar daging babi sebelum memeluk Islam lagi.

BACA: Awalnya Bertudung Nak Tutup Uban, Kini Daphne Iking Janggal Bila Buka Tudung

“Ada juga yang tanya tak rindu ke makan babi? Saya jawab saya memang tak suka makan babi. Tapi sebenarnya sebab utama saya tak makan adalah kami ada big farm yang membela haiwan ternakan termasuk babi. Kami bagi babi itu makan dan minum hampir setiap hari,” katanya.

Dalam video tersebut, Daphne dilihat bermesra dengan haiwan termasuk membelai serta memberi susu kepada dua ekor khinzir.

Sementara itu, suaminya dikenali sebagai Joe turut menulis di kapsyen mengatakan isterinya seorang pencinta haiwan dan menghormati hidupan tersebut seperti mana makhluk ciptaan Tuhan.

Dalam pada itu, Joe juga turut menitipkan nasihat kepada mereka diluar sana supaya menghentikan tanggapan negatif kepada haiwan seperti ajing dan babi.

“Bagi saya, sebagai seorang Muslim Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka, menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor dan saya rasa itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita,” tulisnya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.