Entertainment

Dapat Sponsor Buat Pembedahan Bariatrik Tapi Suami Tak Izinkan, Nora Ariffin Taat Kata Suami



Memiliki tubuh badan kurus dan ideal merupakan idaman semua orang terutamanya golongan wanita. Hal ini kerana, mereka berpendapat dengan memiliki bentuk tubuh badan yang ideal akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan.

Artikel berkaitan: Sejuk Mata Memandang, Penampilan Sopan Lisa Surihani Dapat Pujian Peminat

Suami tak izin buat bariatrik

Baru-baru ini, Datuk Nora Ariffin menerusi satu hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya meluahkan rasa gembira apabila melihat perubahan positif yang ditunjukkan oleh rakan artis selepas membuat pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai potong usus.

Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim lepas pembedahan bariatrik.

Tambah Datuk Nora, dia sebenarnya mempunyai hasrat yang sama iaitu untuk membuat pembedahan bariatrik tetapi tidak mendapat keizinan suami tercinta. Menurut Datuk Nora lagi, dia juga mendapat tajaan melakukan pembedahan tersebut secara percuma namun akur dengan keputusan suami.

Saya pun dah dapat orang yang nak sponser tapi encik suami tidak izinkan. Kena taat. So telah air liur jelah.

Terdahulu, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 1992 dan telah dikurniakan empat orang anak. Namun, pada 24 Mac 2017, Johan telah meninggal dunia pada usia 52 tahun kerana serangan jantung. Pada hujung tahun 2021, Datuk Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya iaitu Dr Rushdi Ramli.

Sumber: Instagram Datuk Nora Ariffin





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.