Entertainment

“Dah Lah Tu, Jadi Diri Sendiri Sudah” – Lepas Dipuji Persis Fazura, Netizen Kata Makin ‘Over’ Pula


Baru-baru ini, seorang wanita meraih perhatian ramai warganet di media sosial selepas wajah dan suaranya dikatakan persis selebriti jelita, Fazura.

Malah, sebelum ini Fazura sendiri pernah meninggalkan komen menerusi salah satu video di TikTok wanita ini.


6 hari lalu

“Cara Cakap Pun Sama” – Wanita Buat Warganet Terkejut Muka Salin Tak Tumpah Macam Fazura

Sejak itu, dia sering mendapat permintaan daripada pengikut di TikTok untuk meniru atau membuat sesuatu seperti Fazura sebagai contoh, meniru suara isteri Fattah Amin itu.

Namun, menerusi salah satu video yang dimuat naik oleh Ellya Farahanny di TikTok, netizen memintanya untuk berhenti membuktikan dia betul-betul persis Fazura.

Menurut mereka, makin lama ia menjadi bosan kerana dia sering membuat video berkaitan pelakon tersebut.

Ramai netizen menyuruh Ellya untuk menjadi dirinya sendiri meskipun wajah dan suaranya disamakan seperti seorang selebriti terkenal.

Bagaimanapun, segelintir netizen memberikan komen positif dan berkata Ellya hanya menunaikan permintaan pengikutnya di aplikasi itu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.