Entertainment

“Dah Berjaya Pun Tak Lupa” – Ambil Masa Mengaji Dalam Konti, Ramai Kagum Dengan Nabil


Pasti ramai yang sudah mengetahui tentang penghijrahan pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah Ayub yang kini kerap menyertai program tabligh bersama rakan artis lain.

Selain terkenal melalui pengacaraan menerusi program MeleTop, Nabil juga merupakan seorang penyampai radio di stesen Era FM menerusi segmen 3 Pagi Era bersama Radin dan Azad Jasmin.

Advertisement

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh penyampai radio, Issey Fazlisham yang mendedahkan rutin pagi pelawak itu di konti radio berkenaan.

Jam 7 pagi, meh tengok Nabil buat apa. Mengaji dalam konti. Sebab tu aku suka dan minat Nabil punya perjuangan.

Menerusi video tersebut, Nabil dilihat sedang khusyuk mengambil masa terluang untuk membaca Al-Quran di waktu pagi sebelum memulakan tugasnya.

@isseyfazlisham

Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA

? original sound – JalilRazak – JalilRazak

Sehingga kini, hantaran video itu telah meraih 1M tontonan, 119K tanda suka, dan 1.4K komen di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian Issey itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji cara pelawak itu membahagikan masanya untuk dunia dan akhirat.

Malah, ada juga yang terinspirasi dengan perjalanan hidup Nabil yang bermula hanya dari seorang penghantar barang atau dispatch sehingga menjadi seorang selebriti berjaya namun masih tidak lupa diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.


2 jam lalu

Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD Gara-Gara Trauma Dengan Peristiwa Lalu





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.