Politics

Cuaca cerah, penyokong TFC, JDT banjiri Bukit Jalil


KUALA LUMPUR – Ribuan penyokong sudah mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan aksi final Piala FA 2022 melibatkan pasukan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.

Semua penyokong yang kebanyakannya hadir dari negeri masing-masing sudah mula berkumpul di perkarangan stadium dengan pintu masuk sudah dibuka sejak pukul 4 petang tadi.

Lebih menarik, cuaca sekitar Bukit Jalil juga dijangka cerah meskipun hujan renyai berlaku sekitar pukul 3 petang tadi.

Dijangkakan hampir 87,000 peminat fanatik kedua-dua pasukan bakal memenuhi stadium keramat ini bagi menyokong pasukan dalam usaha merangkul trofi berprestij itu kali ini.

Sebagai rekod, JDT memburu trofi Piala FA pertama sejak edisi 2016 manakala skuad Sang Penyu pula berharap untuk menamatkan badi 11 tahun tanpa trofi selepas kali terakhir menjulang trofi Piala FA pada edisi 2011. – KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.