Politics

CBP sasar aset lebih RM7 bilion, tambah cawangan lagi


oPUTRAJAYA – Optimis dengan trend ekonomi positif tahun ini, Co-opbank Pertama (CBP) berhasrat memperluaskan pelbagai produk selain menambah sehingga 10 cawangan baharu.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohamad Anuar yang juga menyasarkan aset keseluruhan koperasi premier ini melebihi RM7 bilion sepanjang 2022.

“Kami gembira dengan prospek pertumbuhan semasa tahun ini dan berdasarkan prestasi tahun lalu, aset kami mampu melepasi RM6.1 bilion di sebalik pelbagai isu kekangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengetuai Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah CBP disertai 60 pegawai kanan dan disaksikan di hadapan Pengerusinya, Datuk Baharom Embi di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron dan juga wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Ahmad. -K! ONLINE.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.