Entertainment

‘Bukan Sisa Makanan, Tapi…’ – RapidKL Dedah Penumpang Berak Dalam Bas, Rupanya Dah 2 Kali Kena


Sekadar gambar hiasan

Pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan menjadi pilihan utama bagi penumpang yang berada di kawasan sesak untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak supaya segera tiba ke destinasi yang dituju.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Malaysia Maut Dipercayai Terjatuh Di Stesen MRT Taiwan

Artikel Berkaitan: Peniaga Panik Batu Simen Landasan LRT3 Jatuh Atas Khemah Pasar Borong

Penumpang tak jaga kebersihan

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir penumpang yang tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan pengangkutan awam dengan membuang sampah merata-rata menyebabkan ramai yang tak selesa untuk menggunakan kemudahan itu.

Bukan sisa makanan, tapi najis manusia

Lebih mengejutkan ada juga yang membuang air besar dalam bas. Perkongsian tersebut dilaporkan oleh pihak RapidKL di akaun media sosial mereka baru-baru ini dengan mengatakan bahawa itu bukanlah kejadian pertama kali berlaku.

Ini bukan makanan ye. Ini adalah najis manusia. Kejadian ini telah dua kali berlaku.

Ekoran isu berkenaan, mereka juga menggesa penumpang untuk menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling ketika menggunakan kemudahan bas atau tren.

Mentaliti tak maju

Sementara itu, netizen meluahkan rasa kecewa mereka di bahagian komen dengan mengatakan perkara tersebut tak seharusnya berlaku kerana pengangkutan awam adalah kegunaan bersama orang ramai dan mengharapkan ianya takkan berulang lagi.

Sumber: Facebook



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.